Cara Meninggalkan Sifat Riak

Adapun Riak maka itulah dinakan “syirik khafi” . Satu diantara dua bahagian syirik.

  • Syirik Khafi : ertinya syirik yang samar, iaitu riak.
  • Syirik Jali : ertinya syirik yang jelas, iaitu syirik menyembah berhala.

Dan yang dimaksudkan dengan riak ialah bahawa engkau mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu engkau dapat mencapai kepangkatan dan kebesaran. Manakala cinta kepada pangkat dan kedudukan pula termasuk di dalam istilah “Hawan Muttaba’ ” ( Hawa nafsu yang diperturutkan) . Dengan penyakit riak ini ramai orang yang menjadi binasa. Maka tidak anda yang membinasakan manusia kecuali hanya manusia.

Seandainya manusia mahu memikirkan hakikat perbuatan mereka tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka cari – apatahlagi adat yang mereka lakukan 0 tidak lain adalah berpunca dari dorongan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti ini adalah menghilangkan pahala amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis :


” Sesungguhnya ada orang yang mati syahid yang akan dihumbankan ke dalam api neraka pada hari kiamat nanti. Lalu ia merasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata, : Wahai Tuhanku ! Bukankah aku telah mati syahid dalam membela agamamu ? Allah menjawab, : Tidak, sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seorang yang berani dan telahpun dikatakan orang demikian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu.”


Begitulah pula halnya dikatakan kepada orang yang alim, haji dan Qari ( yang mereka riak pada amalan mereka). Hadith seumpama itu diriwayatkan di dalam kitab Muslim Fi Kitab Al Imarah.

SUMBER : KITAB BIDAYATUL HIDAYAH (IMAM AL-GHAZALI R.A )

Diterjemahkan Oleh : ABU ALI AL BANJARI AN NADWI ( Syeikh Ahmad Fahmi ZamZam)


Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, ataupun Aduan berkaitan isi kandungan artikel ini boleh diemailkan terus ke admin@viral.my . Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas Email anda secepat yang mungkin. Terima Kasih.



Recommended For You

About the Author: viralmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!