Meninggalkan Maksiat Batin ( Maksiat Hati )

Ketahuilah bahawasanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal ( yang mesti diikuti untuk membersihkan hati ) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuh dengan menghimpunkan perhiasan dunia.

Dan telah kami sebutkan segala yang berkenaan dengan masalah ini di dalam kitab Ihya Ulumiddin pada juzuk yang membicarakan Al Muhlikat ( ertinya : perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan seseorang ) dan pada juzuk yang membicarakan Al Munjiat ( ertinya : perkara-perkara yang perlu di ikuti untuk mendapat keselamatan ).

Walaupun demikian, disini kami cuba untuk menyebutkan tiga perkara daripada sihat hati yang sangat jahat, iaitu sifat yang ghalib wujud dikalangan ulama yang ada pada zaman sekarang ini, supaya dapat engkau jauhi daripadanya kerana sifat-sifat ini membawa kepada kebinasaan diri dan merupakan punca-punca bagi beberapa sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat itu ialah Hasad,Riak,dan Ujub.




Maka bersungguh-sungguhlah engkau dalam membersihkan hatimu daripadanya, kerana apabila engkau telah dapat membersihkan hatimu daripadanya, engkau akan dapat mengetahui cara-cara untuk menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji yang lain. Tetapi seandainya engkau tidak mampu menyucikan hatimu daripadanya, maka engkau lebih tidak mampu lagi menghadapi sifat-sifat yang lain. Dan janganlah engkau beranggapan bahawa apabila engkau sudah mempunyai niat yang baik dalam mengaji ilmu bererti engkau telah selamat daripada segala sesuatu yang merbahaya sedangkan di hatimu masih bertapak sifat hasad, riak dan ujub. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Ada tiga perkara yang dapat membinasakan manusia (hamba), yaitu; sikap bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti, dan kekaguman seseorang kepada diri sendiri.” (HR. Thabrani).

SUMBER : KITAB BIDAYATUL HIDAYAH (IMAM AL-GHAZALI R.A )

Diterjemahkan Oleh : ABU ALI AL BANJARI AN NADWI ( Syeikh Ahmad Fahmi ZamZam)


Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, ataupun Aduan berkaitan isi kandungan artikel ini boleh diemailkan terus ke admin@viral.my . Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas Email anda secepat yang mungkin. Terima Kasih.



Recommended For You

About the Author: viralmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *