Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Sembahyang sunat Tahiyatul Masjid ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat kerana menghormati masjid. Ia dilakukan setiap kali seseorang itu memasuki masjid dan sebelum duduk. Perkara ini bersesuaian dengan sepotong hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

  • “Apabila kamu masuk ke masjid, maka janganlah kamu terus duduk sebelum kamu sembahyang dua rakaat”

CARA MELAKSANAKAN SEMBAHYANG SUNAT TAHIYATUL MASJID


  1. Dengan wuduk, apabila memasuki masjid, terus berdiri lurus menghadap ke kiblat untuk melakukan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid
  2. Sewaktu mengangkat takbiratul Ihram, bacalah lafaz dan niat sembahyang sunat Tahiyatul Masjid :

niat-solat-tahiyatul-masjid-viral.my

Bacaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah :

  • Rakaat Pertama : Surah Al-Kafiruun
  • Rakaat Kedua : Surah Al-Ikhlas

Laksanakanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain. Selepas dikerjakan sembayang sunat Tahiyatul Masjid, barulah dikerjakan sembahyang sunat atau fardhu yang lain, melainkan jika sudah terlewat dan imam sudah mula bersembahyang fardhu, maka eloklah terus diikut sahaja sembahyang fardhu imam tersebut. Apabila duduk didalam masjid, eloklah berniat i’tikaf :

niat-iktikaf-viral.my


Apabila sudah selesai beribadah di dalam masjid dan hendak meninggalkannya, maka bacalah doa ini :

doa-keluar-masjid- viral.my


 

SUMBER : PANDUAN LENGKAP SEMBAHYANG SUNAT ( MOHD YUSOFF HAJI ISMAIL )


Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, ataupun Aduan berkaitan isi kandungan artikel ini boleh diemailkan terus ke admin@viral.my . Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas Email anda secepat yang mungkin. Terima Kasih.



Recommended For You

About the Author: viralmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!