Waktu-Waktu Dilarang Melakukan Sembahyang Sunat

Terdapat sedikit perbezaan pendapat di antara imam-imam mazhab mengenai waktu yang dilarang untuk mengerjakan sembahyang sunat.


Pendapat Imam Syafi’e

Menurut Imam Syafi’e, adalah makruh tahrim ( tidak digalakkan, tetapi tidak berdosa ) sekiranya melakukan sembahyang sunat tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu seperti dibawah ini. Sembahyang yang dilakukan pada waktu tersebut dianggap tidak sah.

  • Selepas sembahyang subuh sehingga mahahari terbit setinggi segalah.
  • Ketika matahari terbit sehingga ia setinggi segalah.
  • Setelah melakukan sembahyang Asar ( yang dilakukan secara tunai ) walaupun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur ( jamak taqdim ).
  • Ketika matahari bewarna kuning sebelum ia terbenam, sehinggalah terbenam keseluruhannya.
  • Ketika matahari benar-benar berada tegak di atas kepala pada waktu tengahari sehinggalahia tergelincir ke Barat ( masuk waktu Zuhur ), melainkan waktu ‘Istiwa ( iaitu ketika matahari berada tepat di atas kepada pada hari Jumaat (.

Walau bagaimanapun, Jika sembahyang sunat yang dikerjakan itu mempunyai sebab yang mendahuluinya seperti sebahyang sunat Tahiyatul Masjid ( walaupun ketika khatib sudah naik ke mimbar , sembahyang sunat Wuduk, dan sembahyang sunat Tawaf, maka ia dibolehkan.

Begitu juga dengan sembahyang yang perlu dilakukan pada waktu berlakunya sesuatu kejadian, seperti sembahyang sunat Istisqa’ ( sembahyang minta hujan apabila berlakunya kemarau ) ataupun sembahyang sunat Kusufain ( ketika berlakunya gerhana matahari ). Sembahyang ini sah dilakukan walaupun di waktu Makruh tahrim seperti yang disebutkan di atas.

Begitu juga, adalah makruh melakukan sembahyang sunat ketika bilal beriqamah, melainkan ketika iqamah sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan apabila bilal sudah beriqamah pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.





Pendapat Imam Hanafi

Menurut Imam Hanafi, adalah makruh tahrim ( sembahyang tidak sah walaupun tidak berdosa ) untuk melakukan sembahyang sunat pada waktu berikut ;

  • Ketika terbit fajar sebelum mendirikan sembahyang fardhu Subuh melainkan sembahyang sunat sebelum Subuh itu sendiri.
  • Setelah sembahyang fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
  • Setelah sembahyang fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
  • Ketika Khatib berkhutbah, sama ada khutbah Hari Raya, Khutbah Nikah, Khutbah Jumaat, Khutbah Kusuf ataupun Khutbah Istisqa’.
  • Ketika mu’azzin melakukan iqamah untuk melaksanakan sembahyang fardhu, kecuali sembahyang sunat Fajar apabila dia yakin bahawa dia tidak akan ketinggalan sembahyang berjemaah.
  • Sebelum mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya, baik Hari Raya Aidil Fitri ataupun Hari Raya Aidil Adha.
  • Antara Sembahyang fardhu Maghrib dan Isyak yang dijamak ta’khirkan di Muzdalifah, walaupun sembahyang sunat selepas ( Ba’diyah) Maghrib.
  • Ketika waktu sembahyang sudah terlalu suntuk bagi mereka yang mengerjakan sembahyang di akhir waktunya.

Pendapat Imam Malik

Menurut Imam Malik, sembahyang sunat nafilah adalah haram dilakukan pada waktu berikut ;

  • Apabila matahari mula terbit sehinggalah sempurna terbitnya.
  • Apabila matahari terbenam sehingga sempurna terbenamnya.
  • Apabila khutbah Jumaat sedang dibaca dan ketika khutbah Hari Raya ( berdasarkan pendapat yang kuat ).
  • Ketika khatib keluar dari biliknya untuk berkhutbah.
  • Ketika waktu sembahyang sudah suntuk.
  • Ketika teringat sembahyang fardhu yang tertinggal.
  • Ketika dikumandangkan azan sembahyang.

Pendapat Imam Hanbali

Menurut Imam Hanbali, waktu-waktu berikut diharamkan mengerjakan sembahyang sunat nafilah ;

  • Apabila mula terbit fajar sehingga matahari naik setinggi galah, melainkan sembahyang sunat dua rakaat Fajar yang dilakukan sebelum melakukan sembahyang subuh.
  • Selepas melakukan sembahyang fardhu Asar sehingga matahari terbenam seluruhnya, walaupun sembahyang itu dilakukan secara jamak taqdim.
  • Ketika matahari berada betul-betul di atas kepada (istiwa’) kecuali sembahyang yang dilakukan secara jamak taqdim.
  • Ketika matahari mula terbenam sehingga sempurna terbenamnya.
  • Ketika matahari mula terbit sehingga sempurna terbitnya.

Bagaimana Jika Mengqada’ Sembahyang Sunat Pula ?

Sembahang sunat yang mempunyai waktu jika tertinggal harus diqadha’ pada bila-bila masa. Misalnya sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Sembahyang sunat Gerhana, sembahyang sunat Dhuha, sembahyang sunat Rawatib dan seumpamanya.

Sebarang Cadangan, Komen, ataupun Aduan berkaitan isi kandungan artikel ini boleh diemailkan terus ke admin@viral.my . Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas Email anda secepat yang mungkin. Terima Kasih.

SUMBER : PANDUAN LENGKAP SEMBAHYANG SUNAT ( MOHD YUSOFF HAJI ISMAIL )


Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, ataupun Aduan berkaitan isi kandungan artikel ini boleh diemailkan terus ke admin@viral.my . Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas Email anda secepat yang mungkin. Terima Kasih.



Recommended For You

About the Author: viralmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!