KISS : Bantuan ibu Berpendapatan Bawah RM2000 Selangor

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan inisiatif baru di dalam belanjawan Negeri bagi tahun 2018 yang dibentangkan iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang mana ia bertujuan untuk membantu meringankan kaum ibu di Negeri itu yang berpendapatan Rm2000 dan kebawah.

Dijangka hampir 30 000 kaum ibu akan menerima bantuan tersebut dengan jumlah maksimum setahun sebanyak rm2400 atau Rm200 sebulan. Bantuan tersebut adalah didalam bentuk bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, peralatan pakaian sekolah anak-anak, dan lain-lain.

Ibu yang layak akan menerima kad KISS daripada kerajaan Negeri Selangor dan ia dapat digunakan di pasaraya dan kedai-kedai runcit yang akan dikenalpasti kemudian. Bantuan ini adalah salah satu daripada komponen program peduli rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Manfaat Kad KISS

  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200.00 sebulan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200.00 pada setiap bulan secara automatik
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

CARA MENDAFTAR KAD KISS

Bagi pengunjung blog yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan kad KISS selangor. Disini kami menyediakan penerangan ringkas :-

Buat masa ini pendaftaran secara manual sahaja boleh dilakukan dengan memuat turun (download) borang secara online di laman web rasmi KISS atau boleh diambil secara terus di ;

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis DAN ;
  • Pusat Wanita Berdaya




BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DISINI

Borang permohonan yang lengkap diisi dan dicetak hendaklah diserahkan terus ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri ; KLIK DISINI untuk mendapatkan senarai pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Penyelaras DUN.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi KISS – Kasih Ibu Smart Selangor

https://www.kiss.com.my

**sebarang cadangan, pertanyaan, aduan, ataupun pertambahan terhadap isi kandungan artikel ini boleh diemaillkan terus kepada admin penulis di alamat email admin@viral.my Kami akan meneliti dan membalas setiap email dengan kadar segera. terima kasih

About the Author: viralmalaysia

72 Comments

  1. Terima kasih YAB Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Bin Ali
    Di atas Bajet 2018 yang Baharu dilancarkan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor) untuk rakyat di Negeri Selangor khusus untuk kaum IBU selama ini mereka kurang dipandang yang bergaji rendah mempunyai anak ramai masih bersekolah dan anak kecil perlu dihantar ke tempat jagaan dengan kos sara hidup kian meningkat naik

  2. Terima Kasih kepada semua yang telah meninggalkan komen dan pertanyaan di ruangan post ini. Untuk pengetahuan tuan/puan kami sedang menghubungi pihak pentadbiran Negeri Selangor bagi mendapatkan informasi lebih lanjut berkaitan bantuan KiSS.

    Insya-Allah setelah kami mendapat maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kami akan mengemaskini maklumat terkini berkaitan bantuan tersebut di laman web ini. Terima Kasih.

  3. Terima Kasih di atas pentanyaan,

    Untuk makluman semua, Untuk memohon kad KISS Selangor, anda perlulah berada di dalam SKIM PEDULI SIHAT selangor. Segala tapisan permohonan akan dilakukan sekiranya anda berada di dalam SKIM Tersebut. Kerajaan Selangor kini sedang melakukan proses tapisan.

    Untuk itu, Anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di dalam SKIM PEDULI SIHAT SELANGOR dan kemudian barulah boleh memohon untuk mendapatkan KAD KISS SELANGOR.

    Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran di pejabat ADUN berhampiran , ketua-ketua kampung ataupun di program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Boleh layari website : https://selangorkini.my/
    bagi mendapatkan maklumat terkini program dan informasi kerajaan negeri Selangor

  4. salam…sy na tanye mcm mne sya nk mohon kiss….dan andai sesiapa yg ade terbaca komen sy ni mcm mne sy nk ohon rumah selangorku dan mcm mne nak bli uma dgn mengguna kn duit kwsp sepenuh nye…

  5. Bagaimana kalau ibu yg lahir di Kuala Lumpur tp telah lama menetap di Selangor..adakah layak?
    Adakah isi pendapatan bwh 2000 tu termasuk dikira pendapatan suami jg..atau pendapatan si ibu seorang shj.?

  6. Saya seorang suri rumah. Bolehkah saya mendapat bantuan. Gaji suami tidak mampu menyara kos hidup yang semakin meningkat

  7. Saya nak mohonkan untuk makcik saya, seorang ibu tunggal, buta huruf n pendapatan tidak tetap tidak cecah rm1k pun & kerja siang ikan sahaja…usia hampir 70-an. Bagaimana nak mohon??

  8. sya search fasal program kiss ni n ada borang kiss/koperasi kiss.
    yg ingin memohon program ni perlu jd ahli ke?

  9. Thank you very much for our ministry of selangor Dato Mohamed Azmin concerning selangorian.. To reduce our burdens through the new schemes of system..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!