VIRAL.MY

TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB VIRAL.MY

Berikut adalah terma dan syarat untuk penggunaan dan akses lamanweb ini (viral.my). Laman web ini dimiliki dan diuruskan oleh lamanweb.org .Segala tuntutan berkaitan laman web ini hendaklah diajukan kepada pihak pengurusan lamanweb.org melalui alamat email [email protected] atau no telefon 0192092006 .

Terma dan syarat yang terkini akan diguna pakai bagi mengantikan terma dan syarat yang lama.Tiada sebarang notifikasi secara manual atau automatik mengenai perubahan terma dan syarat kepada pelanggan kami melalui email, panggilan telefon, atau apa jua bentuk notifikasi. Pelanggan dikehendaki sentiasa memeriksa sebarang perubahan (terma dan syarat) di laman web kami.

 

PENAFIAN

Kami tidak memberi sebarang jaminan bahawa bahan-bahan di lamanweb ini bebas daripada kesilapan, sama ada dari segi penulisan atau perkongsian maklumat. Ini juga termasuk bebas daripada virus dan juga anasir-anasir yang merosakkan yang ada di dalam server hosting kami.Kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kehilangan atau apa jua bentuk kerugian pengguna laman web ini.

Pengguna laman web ini dikehendaki menilai secara kendiri akan risiko-risiko yang ada ketika melayari laman web ini. Ia termasuklah ketepatan maklumat dan juga kandungan di dalam laman web ini.