Dokumen Undang-Undang

Terma & Syarat

Dokumen ini mengandungi terma dan syarat yang mengawal penggunaan platform VIRAL.MY, yang dimiliki dan diuruskan oleh Dayabumi Creative Network (PG 0534996W), Rawang, Selangor Malaysia.

Dengan mendaftar atau menggunakan mana-mana bahagian platform VIRAL.MY, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma berikut. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan platform ini.

Terma ini berkuat kuasa bermula dari tarikh akses akaun anda. Dikemaskini: 13 Ogos 2026.

1. Pendaftaran Akaun & Log Masuk Google

VIRAL.MY menggunakan Google OAuth 2.0 sebagai kaedah pengesahan. Untuk menggunakan platform ini, anda perlu mempunyai akaun Google yang sah dan membenarkan VIRAL.MY mengakses maklumat asas profil Google anda (nama, alamat emel, dan gambar profil).

  • Anda mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun atau mendapat kebenaran penjaga untuk menggunakan platform ini.
  • Akses FREE dibuka kepada orang awam selagi Kawalan Pendaftaran ditetapkan kepada mod awam.
  • Kami boleh menukar Kawalan Pendaftaran kepada mod jemputan atau menutup pendaftaran baharu apabila diperlukan. Pengguna sedia ada masih boleh log masuk, tertakluk kepada status akaun mereka.
  • Setiap pengguna hanya dibenarkan satu (1) akaun. Penggunaan akaun orang lain adalah dilarang.
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan akaun Google yang digunakan untuk log masuk ke VIRAL.MY.
  • Sekiranya anda mengesyaki akaun telah terkompromi, sila hubungi kami dengan segera di khai@webmaster.my.

2. Penggunaan Platform

Anda bersetuju untuk menggunakan VIRAL.MY hanya bagi tujuan yang sah dan mematuhi semua undang-undang Malaysia yang berkenaan. Anda tidak dibenarkan untuk:

  • Menjual barangan yang menyalahi undang-undang Malaysia, termasuk barang cetak rompak, dadah, senjata, atau kandungan tidak senonoh.
  • Menerbitkan maklumat palsu, mengelirukan, atau bersifat penipuan.
  • Menyalahgunakan sistem untuk menghantar spam, melakukan serangan siber, atau mencuba melepasi langkah keselamatan.
  • Menggunakan platform untuk aktiviti yang menceroboh hak harta intelek pihak lain.
  • Memindahkan akses akaun kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis kami.

Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun mana-mana pengguna yang melanggar terma ini tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

3. Kandungan Kedai & Produk

Anda adalah pemilik dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan yang diterbitkan di kedai anda termasuk nama produk, penerangan, gambar, harga, dan maklumat pesanan.

  • Gambar produk yang dimuat naik disimpan dalam sistem storan awan kami. Saiz fail maksimum adalah 5MB per gambar.
  • Anda memberikan kami lesen terhad untuk menyimpan, memaparkan, dan menyampaikan kandungan tersebut bagi tujuan operasi platform.
  • Kami tidak mendakwa sebarang pemilikan ke atas kandungan anda. Anda mengekalkan hak penuh ke atas kandungan yang anda cipta.
  • Kami berhak untuk membuang kandungan yang melanggar undang-undang atau terma penggunaan ini.

4. Pesanan & Data Pelanggan

Apabila pelanggan membuat pesanan melalui kedai anda, maklumat mereka (nama, nombor telefon, alamat) direkodkan dalam sistem VIRAL.MY untuk tujuan operasi kedai anda sahaja.

  • Anda bertanggungjawab untuk memproses, mengesahkan, dan menghantar pesanan kepada pelanggan anda.
  • VIRAL.MY hanya bertindak sebagai platform perantara dan tidak terlibat dalam transaksi jual beli antara anda dan pelanggan anda.
  • Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua keperluan undang-undang berkaitan perlindungan data pelanggan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
  • Data pelanggan yang dikumpul melalui kedai anda tidak akan digunakan oleh VIRAL.MY untuk tujuan pemasaran pihak ketiga.

5. Akses Akaun & Ciri PRO

VIRAL.MY menyediakan akses FREE untuk pengguna awam dan akses PROkepada pengguna awam atau peserta yang dipilih dan diluluskan oleh pihak kami.

  • Status peserta diurus secara berasingan daripada pelan. Akses PRO boleh diberikan kepada pengguna awam atau peserta oleh SuperAdmin.
  • Akses PRO tidak dijual secara terbuka melalui self-service checkout pada masa ini dan diaktifkan secara manual oleh admin.
  • Akses PRO boleh diberikan untuk tempoh setahun atau Lifetime, serta diperbaharui, digantung, atau ditarik balik oleh SuperAdmin.
  • Sekiranya tempoh akses PRO tamat dan tidak diperbaharui, akaun akan kembali menggunakan akses FREE yang berkenaan.
  • Kami berhak menyemak atau mengubah status akses jika terdapat ralat pentadbiran, penyalahgunaan, atau pelanggaran terma penggunaan.

6. Pembatalan & Penghentian Akaun

Pengguna sedia ada boleh terus menggunakan akses yang telah diberikan selagi platform ini ditawarkan, tertakluk kepada terma semasa. Akses PRO pula tertakluk kepada tempoh dan kelulusan pentadbiran yang ditetapkan.

  • Untuk memohon penghapusan akaun sepenuhnya, hubungi kami melalui emel di khai@webmaster.my.
  • Setelah akaun dihapuskan, semua data kedai, produk, pesanan, dan gambar anda akan dipadam secara kekal dan tidak boleh dipulihkan.
  • Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun anda sekiranya anda melanggar terma penggunaan ini.

7. Had Tanggungjawab

VIRAL.MY disediakan atas dasar "seadanya" (as-is). Walaupun kami berusaha untuk memastikan kestabilan dan ketersediaan platform pada setiap masa, kami tidak menjamin operasi tanpa gangguan, kelewatan, atau kesilapan.

  • Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian pendapatan, kehilangan data, atau kerosakan tidak langsung yang berpunca daripada penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan platform.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi, pertikaian, atau kerugian antara peniaga dan pelanggan mereka.
  • Had tanggungjawab kami dalam apa jua keadaan tidak akan melebihi jumlah yang anda telah bayar kepada kami dalam tempoh 3 bulan sebelum tuntutan dibuat.

8. Hak Harta Intelek

Semua elemen platform VIRAL.MY termasuk rekabentuk, kod sumber, logo, dan kandungan yang kami hasilkan adalah hak milik eksklusif Dayabumi Creative Network. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengubah suai, mengedar, atau mengeksploitasi mana-mana bahagian platform tanpa kebenaran bertulis kami.

9. Undang-Undang yang Terpakai

Terma ini dikawal oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan platform ini akan diselesaikan di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia.

10. Perubahan Terma

Kami berhak mengemaskini terma ini pada bila-bila masa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemaskini. Penggunaan berterusan platform selepas sebarang perubahan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap terma yang telah dikemaskini.

Hubungi Kami

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan terma ini, sila hubungi: